Rekod Baru Dunia ..Mandi Tanpa Pakaian beramai-ramai


Satu rekod dunia berbogel dipantai beramai-ramai berjaya dipecahkan di Wales apabila lebih kurang 400 orang lelaki dan perempuan yang menyertainya berlari dipantai hingga ke laut.

Ramai warga diseluruh Wales menyertai acara pemecahan rekod dunia itu,mereka beramai-ramai membuka baju dan mandi dipantai Rhossoli, Gower seawal pukul 8 pagi.

 Mereka yang pada mulanya seronok menyertai acara pemecahan rekod dunia itu mula merasa kesejukan dan namun begitu mereka semua gembira menyertainya acara yang unik itu.Seorang wanita, Lizzy White mengatakan dia sangat seronok walaupun terpaksa menanggal kan pakaian dan mandi didalam air yang sejuk tidak seperti biasa itu.

 Pada awalnya ada beberapa peserta berasa malu berbogel bersama ratusan peserta yang lain,namun begitu perasaan itu mula hilang jika dilihat pada riak wajah peserta yang menyertai acara yang unik itu.Seorang peserta,Steve Absolom mengatakan dia tidak ada rasa malu malah dia seronok dan senang menyertai acara itu.

Penganjur aksi nekad itu mengatakan acara itu akan di sahkan oleh Guinnes World Record,tetapi mereka yakin yang acara itu telah mengatasi rekod yang serupa pernah disertai lebih kurang 250 orang.Pada awalnya penganjur menjangkakan hanya sekitar 300 orang yang akan menyertai acara itu,tetapi jumlah itu makin bertambah disaat-saat akhir acara itu berlangsung. Beberapa orang peserta bersedia gambarnya diambil ketika acara itu berlangsung untuk dijadikan bukti, dan mereka merancang untuk mengupload gambar mereka di Facebook.

0 Komen untuk "Rekod Baru Dunia ..Mandi Tanpa Pakaian beramai-ramai "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info