Pelakon Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, akui terkejut apabila ada rakan artis yang turut bersubahat dengan bekas isteri kekasihnya, Nedim Nazri untuk menyindirnya tanpa pengetahuannya.
Sindirian itu berpunca apabila Nora dilihat kerap memuat naik foto bersama satu-satunya anak kekasihnya iaitu Nedrin bersama bekas isteri, Nabilah Khan.
Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.
"Terus-terang saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang. Saya sendiri tak tahu siapa rakan artis itu.
"Tapi, salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.
Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim lagi," katanya kepada murai.com.my ketika majlis preview filem Pengantin Malam kelmarin.
Nora diminta mengulas apabila ada sekumpulan pihak yang memihak kepada bekas isteri Nedim termasuk rakan artis yang telah menyindirnya di sebuah laman sosial instagram daripada salah seorang individu daripada pihak tersebut.
Menurut Nora lagi, dia tidak menyangka bekas isteri kekasihnya itu bertindak sedemikian kerana dia sendiri tidak pernah berjumpa atau mengenali Nabilah secara rapat.
"Saya tidak pernah berjumpa apatah lagi bergaduh dengan dia dan saya juga tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun.
"Saya pelik mengapa mereka berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang.
"Mungkin juga sebab saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain,"luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, filem lakonannya Pengantin Malam bersama Farid Kamil dan beberapa pelakon lain sedang ditayangkan di pawagam sejak 16 Jun lalu. murai.com.
0 Komen untuk "Nora Terkejut Ada Rakan Artis Bersubahat Dengan Bekas Isteri Nedim Menyindirnya."