GEORGETOWN - Dalam analisis awal yang telah dijalankan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, DAP mendakwa terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu dalam PRK Parlimen Teluk Intan kelmarin.
PERTAMA:
Peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca utama DAP kalah.
KEDUA:
Faktor kekalahan yang kedua yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen.
KETIGA:
Faktor kekalahan yang ketiga ialah, Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.
"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. ~ Sumber
0 Komen untuk "#3 Sebab Mengapa Dyana Sofya Kalah PRK Di Teluk Intan"