Gambar Hiasan
BANDUNG 20 Mei - Seorang penuntut Malaysia mendakwa diperkosa seorang lelaki tidak dikenali pada Sabtu lalu.Penuntut Universiti Padjadjaran (Unpad) itu mendakwa disapa oleh lelaki itu ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak jauh dari rumah sewanya.
Jurucakap universiti berkenaan, Soni A. Nulhakim yang dipetik daripada portal berita detik.com memberitahu, lelaki itu memanggil mangsa seolah-olah mengenalinya, tetapi tidak dijawab oleh penuntut itu kerana tidak mengenali lelaki tersebut.
"Lelaki itu kemudian bertindak ganas menekup mulut mangsa dan mengheretnya ke kereta. Selepas itu mangsa tidak ingat apa-apa lagi," katanya. - Utusan