Pasangan Panda Gergasi Selamat Sampai Di Malaysia


Pasangan Panda yang ditunggu-tunggu - Fuwa dan Fengyi - sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China - tiba di terminal MASkargo di KLIA pagi ini.

Pasangan yang masing-masing berusia lapan tahun itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun
menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
  
Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-duanya dibawa  berlepas dari Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Panda Gergasi China Dujiangyan di wilayah Sichuan di barat daya China semalam.

Pasangan itu diterbangkan dari China oleh pesawat khas MASkargo yang dihiasi dengan gambar panda dan mendarat pada pukul 7.45 pagi ini.

Pasangan itu terus dibawa ke Zoo Negara dalam sebuah van khas dan akan diperkenalkan kepada orang ramai di Kompleks Beruang Panda Gergasi selepas dikuarantin selama satu bulan.

Pasangan itu Fuwa (jantan) dan Fengyi (betina), diterbangkan dari China oleh pesawat khas MASkargo yang dihiasi dengan gambar panda dan mendarat pada pukul 7.45 pagi ini.

Pasangan itu terus dibawa ke Zoo Negara dalam sebuah van khas dan akan diperkenalkan kepada orang ramai di Kompleks Beruang Panda Gergasi selepas dikuarantin selama satu bulan .

Menunggu ketibaan panda gergasi itu di terminal tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Duta China ke Malaysia, Huang Huikang .

Ketibaan pasangan panda itu bagi menandakan 40 tahun hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, atas inisiatif Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Penerbangan membawa Fengyi dan Fuwa ke Malaysia, disertai oleh Pengarah Zoo Negara, Dr Naim Ramli, doktor haiwan China dan 10 pegawai teknikal. ~ Sumber
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info