Selalunya lelaki berjambang di barat sering dikaitkan dengan golongan hipster atau orang geladang. Tapi kini tidak lagi. Selain membuatkan lelaki itu kelihatan seksi dan hebat, jambang juga berkait rapat dengan kesihatan secara keseluruhan. Penyelidik telah menemukan lelaki yang bermisai dan berjambang mempunyai beberapa kelebihan termasuk, kekacakkan serta merta.
Sebuah penyelidikkan daripada Universiti Southern Queenland, yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Radiation Protection Dosimetry, telah menemui bukti yang menunjukkan jambang telah dapat menghalang 90 hingga 95 peratus sinaran UV, seterusnya melambatkan prosess penuaan dan mengurangkan risiko barah kulit.
Wak Doyok: Lelaki bermisai dan berjambang yang menjadi ikutan, dan tak kurang juga digilai gadis sekarang
Setiap helaian rambut pada wajah dapat mengekalkan kelembapan dan melindungi dari angin yang menyebabkan kekeringan, membuatkan lelaki tersebut kelihatan muda dan segar sentiasa. Selain itu, bercukur sering menjadi punca masalah keradangan dan menyebabkan jangkitan bakteria dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan jerawat.
Dah buang pencukur ke dalam tong sampah dah?
Dalam menjalankan penyelidikan tersebut, penyelidik telah meninggalkan patung manusia yang berjambang, bersama patung manusia yang tidak berjambang di bawah terik mentari di Australia dan kemudiannya membuat perbandingan jumlah radiasi yang diserap oleh kedua patung tersebut.
Tetapi jangan lupa untuk menjaga folikel jambang, sebab jambang juga dapat menyebarkan jangkitan jika tidak dijaga dengan sempurna (nanti jadi serupa homeless man pulak). Jadi, berhati-hati semasa memakan makanan yang dapat menitik/tumpah ke atas jambang. Lelaki berjambang selalunya bijak menjaga jambang mereka dengan pembersih dan minyak, satu perkara asas untuk kelihatan segak dengan berjambang.
Sebagai muslim, berjambang dan berjanggut tu kan memang sunnah nabi bagi kaum lelaki. Setiap sunnah nabi pasti ada kebaikkannya yang tersendiri. Orang barat baru nak buat penyelidikkan bagai, huh. Tak dinafikan lelaki berjanggut memang akan nampak tough dan handsome dengan serta merta berbanding lelaki yang berwajah mulus dan gebu macam artis Korea kan?! hehe