Bayi Tumbuh Ekor


Mungkin kita tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ke atas bayi ini. Jelas kelihatan ada sesuatu bentuk pelik yang tumbuh di belakang badan bayi ini. Admin difahamkan, bayi yang berusia tujuh bulan ini mengalami masalah yang sangat sukar untuk menemui jalan penyelesaian terbaik. Menurut kata doktor juga, jika kita melakukan pembedahan dengan memotong ekor bayi ini, berkemungkinan ia akan tumbuh semula seperti sedia kala dan peratusan untuk bayi ini hidup tidak dapat dipastikan. Semoga bayi kecil ini dapat pulih seperti sedia kala. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk bayi tersebut. Kasihan dia..


Seorang ibu di wilayah Guangdong merayu pakar perubatan agar mengubati bayi lelakinya yang berusia tujuh bulan, yang mempunyai ekor di belakangnya. Ekor sepanjang tiga inci itu melekat di belakang Xiao Wei dan ia bertambah panjang.

Menurut wanita itu, Chen, dia telah meminta bantuan daripada pakar bedah untuk membuang ekor tersebut, namun mereka menyatakan ia bukan satu proses yang mudah. Dalam pada itu, seorang pakar bedah, Huang Chuanping berkata, Xiao Wei lahir dengan keadaan "pemecahan tulang belakang" menyebabkan pembentukan tulang belakangnya tidak sempurna.

“Ekor itu kini semakin membesar dan telah memanjang 10 sentimeter. Jika kita memotongnya, maka ia akan tumbuh semula. Kita perlu membaiki laluan tulang belakang terlebih dahulu bagi menyekat pertumbuhan ekor tersebut,’’ katanya. Myelomeningocele sering berlaku ke atas satu daripada 800 kelahiran.



 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info