Surat Laporan Mckay
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand telah mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan mempercayai objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay. Dimana, Mckay adalah salah seorang pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya itu, dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370. Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang. selain itu, menurutnya lagi, Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur. Pesawat itu dilaporkan bergerak dari arah barat daya dalam keadaan terbakar pada altitud tinggi.
Susulan itu, Mckay menjelaskan beliau telah cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam beberapa hari lalu.
Satelit China ada mengesan tiga objek??
Beradasrkan kepada kenyataan sebelum ini, bahawa Satelit China ada mengesan tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.
Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.
Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN itu, objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.
0 Komen untuk "Terkini: Melihat Pesawat MH370 Terjunam"