MH370: Antara Individu Yang Mencari keuntungan di sebalik Tragedi



Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat, bukan sehaja dalam negara tetapi juga di seluruh dunia.  Berikutan itu, pelbagai kenyataan dan teori seperti MH370 di rompak, ghaib, ditembak dan 1001 spekulasi yang timbul. 

Pesawat diketahui hilang dari kawalan radar ATC pada Sabtu  8hb. Mac, lebih kurang sekitar jam 02.40 pagi waktu tempatan. Pesawat jenis Boeing B777-200 tersebut, telah melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 am dan dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi, Sabtu  8hb.mac pada keesokannya. 

Dimana pada akhirnya, penerbangan yang membawa seramai 239 penumpang, yang terdiri dari 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 anak kapal ini belum diketahui nasibnya. Pelbagai negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, China, AS, Vetnam, dan beberapa negara Asia lain turut datang membantu mencari pesawat tersebut dengan mengerahkan armada perang mereka ke Laut China Selatan yang dijangka menjadi lokasi jatuhnya pesawat tersebut.

Namun sehingga artikel ini ditulis iaitu 13hb. Mac, Pesawat MAS,  MH370 masih juga belum ditemui. 

Disebalik kehilangan Pesawat MH370 ini, terdapat segelintir Individu yang telah mengambil kesempatan di atas tragedi ini untuk mengaut keuntungan. Samada dalam bentuk kewangan, mencari populariti,  dan juga untuk mendapatkan perhatian.   Buktinya, tidak  lama selepas berita  kehilangan pesawat MH370 tersebut dilaporkan, laman lelongan eBay dikejutkan dengan kewujudan penjualan laman mh370.com dengan harga yang cukup lumayan.

Berikut adalah antara  senarai meraka yang mencari keuntungan disebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.



 1 . Jual domain MH370

Tidak  lama setelah khabar mengenai pesawat Malaysia Airlines dilaporkan hilang, seorang pemegang akaun bernama chypriotte tiba-tiba memasang iklan yang cukup kontroversi, Melalui laman lelong eBay, dimana beliau menjual domain yang beralamat mh370.com.
Iklan kontroversi tersebut telah diiklankan,  sehari selepas iklan tersebut dipasang, atau tepatnya pada 9 Mac 2014. Bukan hanya sekadar memasang iklan, chypriotte secara terang - terangan menyebut domain jualannya tersebut seperti dengan nombor penerbangan yang hilang di Laut China Selatan itu. Untuk menjual domain tersebut,  penjual telah menulis kata-kata kontroversi bagi tujuan menarik minat pembeli dan pembida untuk membeli dominnya.

"Beli domain MH370 ini, pada hari ini juga, dan raih keuntungan ribuan dolar di kemudian hari. Lusinan syarikat, keluarga mangsa, akan membelinya dari anda. Beli dengan murah dan dapatkan keuntungan besar pada masa akan datang."

domain MH370 tersebut, kini telahpun melepasi harga US $ 5,000. Namun, kewujudan iklan ini tak bertahan lama,  dunia maya yang tercengang atas tawaran itu  meminta agar eBay memadamnya dari laman tersebut.

ketika saya mengunjungi laman lelongan domoin itu pada jam 3.15 petang semalam, lelongan domain tersebut sudah tidak ada lagi. Sementara itu, laman web mh370.com itu sendiri pada ketika ini masih  kosong. walau bagaimanpun, tidak ada maklumat terperinci mengenai pemilik domain tersebut. Ini kerana, Domain tersebut telah didaftarkan melalui Godaddy.

Berdasarkan maklumat dari GoDaddy, domain ini diketahui telah dibuat pada 7 Mac 2014, pada hari yang sama  pesawat Malaysia Airlines dilaporkan hilang. Laman ini disenaraikan di sebuah syarikat di Scottsdale,  Arizona yang ditawarkan untuk dijual.


2 . Jualan baju berjenama PrayForMH370
Usaha mencari keuntungan dari kehilangan pesawat MH370 itu bukan hanya dilakukan oleh chypriotte yang menjual domain dengan nombor penerbangan yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tetapi juga telah dimanipulasikan oleh Seorang pengguna eBay yang berasal dari Hong Kong. Dimana, beliau telah mengambil kesempatan tragedi tesebut dengan sebuah baju yang  berlogo Malaysia Airlines.

bukan hanya memasang logo, baju berwarna putih ini juga telah memuatkan tag seperti, '#PrayForMH370'.  Penjual tersebut telah memberikan peluang kepada  pembeli untuk menawarkan atau mendapatkan  harga baju  buatannya sehingga Rabu ini atau pada 19 Mac 2014.

Berikutan daripada promosi itu, baju tersebut telahpun dilelongkan dengan harga US $ 8,99. Walau bagaimanpun, tidak ada keterangan dan maklumat yang lanjut berkaitan dengan penjualan baju itu. samada ianya berjaya dijual atau sebaliknya.

Namun,  sama seperti promosi jualan domain mh370,  promosi jualan baju ini juga, seolah-olah telah dibuang oleh eBay, kerana ketika mana pakuderas.blogspot.com atau saya cuba mencarinya semalam iaitu pada12hb. Mac  malam sekitar pukul 6.00 petang, laman promosi tersebut sudah tidak kelihatan.


3. Jual replika pesawat MH370
Masih di laman lelongan eBay, kali ini seorang warga negara Malaysia juga cuba mengambil keuntungan dari kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 apabila seorang Lelaki yang menamakan diri royaleconcept ini, telah mengiklankan untuk menjual replika pesawat yang dikatakan serupa atau mirip dengan pesawat MH370.

Dalam laman tersebut, royaleconcept menjual replika pesawat MAS MH Boeing 777 dengan harga US $ 4,99. Bukan hanya sebuah replika pesawat,  tetapi lelaki tersebut juga menyediakan sebanyak 10 model yang sama dengan MH370.

sejurus saya mendapat berita ini dari seorang kenalan, saya  ketika pada ketika itu kembali membuka laman tersebut, dan replika yang dikatakan mirip dengan MH370 ini ternyata tidak memaparkan nombor pesawat di badannya. yang ada hanya terdapat logo dan tulisan Malaysia Airlines di sisi kanan dan kiri pesawat tersebut.



4 .Cari perhatian melalui Twitter
Di Malaysia, seorang remaja yang hobinya  suka mencari perhatian membuat masyarakat marah apabila perempuan yang bernama Jasmine Johari ini,  mempergunakan peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, untuk mendapatkan perhatian.

Melalui akaun twitternya, Jasmine mendakwa bahawa ibunya merupakan salah seorang dari penumpang pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lepas iaitu pada 12 hb.Mac.  Dimana, Jasmine menulis 'Mama no word can say #PrayForMH370' dalam akaun twitternya, @jasminejohari pada hari ahad iaitu bersamaan pada 9hb. Mac, minggu  lalu. seperti yang dilaporkan oleh thestar, pada 11hb.Mac (selasa). Tidak berapa lama kemudian, Jasmine kembali menulis 

'My mom i hope u safe".

'here full of sadness, ï'm waiting ï'm waiting ï'm waiting. Ma i hope you okay. Missing you mama please come back home' tulisnya. 

hasil daripada tulisan itu, kira-kira beribu-ribu akaun mentweetnya kerana bersimpati dan memujuk supaya bersabar diatas apa yang menimpanya.

Kemudian dia memuat naik foto terakhir yang didakwa sebagai gambar terkini dirinya dengan ibunya. sambil menulis  'Mama, saya mencari foto ini di telefon bimbit saya, ini foto terakhir yang kami ambil sebelum mama pergi. Tolong pulang segera, saya rindukan mama", dibawa foto tersebut. 

Tidak lama selapas itu, 'nama' Jasmine ini akhirnya terbongkar apabila seorang pemilik akaun tweeter yang bernama  @xmialuna menyatakan bahawa foto yang disiarkan oleh Jasmine merupakan miliknya. Akaun @xmialuna menyatakan bahawa ibunya berdada dalam kedaan yang baik dan selamat sehaja bersamanya.  Akibatnya, akaun Jasmine dibanjiri makian dan cercaan dari pengguna twitter yang lain.

"Jangan menipu kami lagi. Kemalangan orang lain bukan untuk dijadikan gurauan. Saya harap anda mengerti #PrayForMH370," kata akaun @liya_winchester kepada Jasmine. 

bukan hanya komen  @liya_winchester,  tetapi akaun @AimanSmith juga memberi amaran yang berbunyi. "Jika ibu anda benar-benar ada di MH370, anda tidak perlu menggunakan gambar orang lain untuk meminta belas kasihan."

Jasmin membuat akaun baru @jasminejohari1 untuk meminta maaf. "Maafkan saya #PrayForMH370." Setelah, akaun @jasminejohari sebelumnya telah dipadam oleh perkhidmatan laman sosial.


5. Raja Bomoh
Bomoh terkenal Malaysia Ibrahim Mat Zin juga telah turun padang dengan ikut serta dalam mencari Malaysia Airlines yang hilang. Dimana, Beliau  datang ke Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ), dan mendakwa dihubungi oleh jabatan utama Malaysia untuk mencari kapal tersebut.

"Saya menggunakan perangkap kail ikan dan teropong buluh untuk mencari dan berhubung kepada mangsa, supaya membolehkan  pesawat itu ditemui, " kata Ibrahim Mat Zin seperti mana yang dinyatakan oleh  FreeMalaysiaToday dari Bernama, pada 11hb. Mac.

Ibrahim juga berdoa untuk mengetahui lokasi pesawat jatuh dan Berdasarkan penglihatannya, pesawat MH370 itu masih berada di udara atau jatuh ke laut.

"Saya akan kembali lusa dengan membawa khabar baru. Semoga doa saya terjawab," katanya.

Meskipun demikian, ramai yang beranggapan bahawa  kemunculannya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu hanya sekadar mencari populariti. Hal ini kerana, Kecurigaan ini telah diungkapkan sendiri oleh ulama Malaysia, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sendiri.

"Dia seolah mengambil kesempatan. Siapa yang membawanya, amat malang dan memalukan," kata Asri seperti yang dipetik dari laman Malaysiakini, pada 11hb.Mac kelmarin.

Asri bahkan mengecam penggunaan bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang hilang itu. Bagi Asri, kewujudan bomoh tersebut adalah kerja sia sia dan tidak boleh diterima akal yang sihat.

"Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak boleh terima (langkah ini). Dengan berbuat seperti itu, dia ( Bomoh ) memberi gambaran salah pada ajaran Islam", tegas Asri seperti yang dipetik Malaysiakini, Selasa 11hb Mac.2014.

Pakuderas - mari kita sama-sama berdoa semoga semua tentera, kru-kru penyelamat, samaada dalam dan luar negara dilindungi oleh sebarang melapatakan dan dipermudahkan segala urusan mereka untuk melaksanakan tugasnya, mencari MH370.
0 Komen untuk " MH370: Antara Individu Yang Mencari keuntungan di sebalik Tragedi"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info