Sebelum ini kita dah kongsikan artikel berkaitan dengan tpis senaman batin, menguatkan zakar. so, kali ini, kita kongsikan pula, apa pantang larang yang perlu kita jauhi bagi mengekalkan tenaga batin, sentiasa berada dalam kedaan yang sihat dan kuat.
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu, antaranya:
- Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila berjima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
- Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
- Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
- Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
- Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
- Jangan jima’ di dalam air.
- Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
- Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
- Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
0 Komen untuk "PANTANG LARANG UNTUK KESIHATAN TENAGA BATIN"