Bristol – Alangkah terkejutnya seorang pekerja pencuci hospital apabila dia mendapati seorang wanita yang sarat mengandung dan menunggu bayinya keluar, sedang melakukan hubungan seks dengan suaminya di atas katil di hospital.
Pekerja berkenaan menyedari mengenai kejadian itu selepas mendengar bunyi dari sebuah bilik perseorangan di dalam wad bersalin.
Namun apa yang lebih mengejutkan pekerja itu adalah apabila dia dimaklumkan oleh pengurusan Hospital St. Michael itu bahawa perbuatan berkenaan tidak melanggar peraturan hospital. Sebaliknya pesakit digalakkan meletak tanda `jangan ganggu’ di depan pintu bilik.
Sementara itu, jurucakap hospital memberitahu, pesakit lain di wad bersalin itu juga mendengar bunyi dari bilik pasangan berkenaan dan mereka nyata kecewa serta terkejut.
“Perkerja hospital perlu memastikan privasi pesakit dan kehormatan mereka juga perlu dipelihara,’’ katanya.
Nasib baik pihak hospital tidak menerima sebaran aduan mengenai kejadian tersebut.
0 Komen untuk "Wanita Mengandung Terkantoi Bersenggama Dalam Hospital"