Pemain Bola JDT Disiasat kerana Mencuri


Harian Metro melaporkan Polis sedang menyiasat kes seorang pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mencuri wang tunai RM500 milik rakan sepasukannya dalam kejadian di bilik persalinan padang bola Seri Gelam Johor Bahru, 1 April lalu.

Kejadian di laporkan berlaku pada 1 April 2014 di Bilik Persalianan JDT Padang Bola Seri Gelam Johor Bharu,  Seorang Pemain JDT  telah di laporkan kehilangan RM 500 semasa beliau meninggalkan beg nya di dalam bilik persalinan tersebut untuk menjalani latihan, setelah kembali nya kebilik persalinan untuk pergi makan pemain terbabit mendapati wang nya telah hilang RM500.


Namun setelah di teliti rakaman CCTV di bilik persalinan berkenaan suspek berjaya di kesan, yang mana suspek juga adalah salah seorang pemain JDT, setelah di soal siasat suspek mengaku mengambil wang tersebut, pengadu telah membuat laporan Polis bagi tindakan pihak pengurusan.

Namun berita yang tidak rasmi diterima suspek yang mengaku mencuri wang tersebut telah dibuang oleh pihak pengurusan, laporan Polis mengenai kes ini kini tersebar di laman-laman sosial, kes ini masih di siasat oleh pihak berwajid untuk mengatahui punca sebenar kejadian.
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info