KUCHING – Seorang lelaki bertindak menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.
Anak sulung kepada pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 yang bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.
Menurutnya lagi, walaupun mengakui kecewa dengan kelakuan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.
Saya sedih setiap kali melihat wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.
'Saya pasrah dengan keadaan itu dan belajar menerima hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,' katanya ketika ditemui di HUS.
0 Komen untuk "Akibat Curang Isteri Parah Disimbah Cuka"