Adolf Hitler merupakan seorang pemimpin Nazi yang paling digeruni oleh orang Yahudi suatu masa dahulu. Baru-baru ini, sebuah poskad yang ditulis oleh Hitler telah didedahkan kepada umum.
Poskad tersebut dihantar ketika Perang Dunia Pertama oleh Hitler selepas beliau bertemu dengan seorang doktor gigi, di mana beliau menyatakan bahawa 19 batang giginya telah dicabut. Poskad tersebut ditemui di Munich, Jerman.
“Awak tak dapat bayangkan bagaimana rupa saya kini kelihatan lebih baik” tulis beliau kepada askar seperjuangannya yang bernama Karl Lanzhammer yang bertugas di Perancis. “Sekarang saya makin sihat” tulisnya lagi.
Kad tersebut yang bertarikh 21 Disember 1916, telah disahkan keasliannya setelah ditemui dalam koleksi seorang pengumpul poskad. Di hadapan kad tersebut tertera sebuah lukisan Landwehr Canal di Berlin dan ditandakan dengan setem 2nd Bavarian Infantry Regiment, yang merupakan unit Hitler pada ketika itu.
Pemimpin Nazi itu dikatakan seorang yang sangat tidak menyukai doktor gigi. Kajian telah menunjukkan bahawa beliau telah mencabut 15 batang gigi sepanjang hayatnya, tetapi bukan pada masa yang sama. “Poskad tersebut telah ditulis dengan tulisan Hitler dan ditandatangani oleh beliau. Tidak salah lagi bahawa ia betul-betul asli” kata Ludwig Eiber, seorang profesor sejarah di Universiti Augsburg.
Hitler berada di Munich pada masa kad tersebut dihantar, ketika beliau sedang dalam proses penyembuhan luka di peha akibat bom tangan. Ia merupakan poskad kedua dari Hitler kepada Lanzhammer yang telah ditemui, yang pertama pada tahun 2012 yang dihantar dari hospital yang sama pada Disember 1916, di mana Hitler menulis bahawa dia tidak sabar-sabar lagi untuk kembali menjadi barisan utama pasukan.
Hitler, yang ditempatkan di Munich dari Oktober 1916 sehingga Mac 1917, menyatakan dalam kad tersebut: “ Saya berharap dapat kembali bersama kamu, Malangnya tiada peluang saya kembali ke barisan hadapan, setidak-tidaknya buat masa sekarang.”
Hitler kembali ke medan perang pada tahun 1917 dan berjuang sehingga Oktober tahun berikutnya ketika dia dibutakan oleh serangan gas mustard dan hanya mampu melihat kesudahan peperangan tersebut dalam sebuah hospital di utara Berlin.
Lanzhammer meninggal dunia pada tahun 1918 ketika sedang sedang menjalani latihan untuk menjadi juruterbang di Oberschleissheim berhampiran Munich. Hitler kekal takut untuk berjumpa dengan doktor gigi sehinggalah pada hari kematian beliau.
Doktor gigi peribadi beliau, Johannes Blaschke mendedahkan bagaiman Hitler pernah suatu ketika menolak untuk melakukan rawatan akar gigi (root-canal) sehingga lapan hari dengan alasan ‘tidak tahan menahan kesakitan’. Hitler juga mempunyai nafas berbau yang teruk, bengkak yang bernanah serta penyakit gusi, dedah Blaschke lagi.