Kapal Terbang Mas Dari KL Ke Beijing dikatakan Hilang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Tadi tengah godek-gdek news feed facebook saya terbaca status yang dinaikkan oleh Zarul Umbrella menyatakan “Salam semua tolong doakan rakan rakan saya dan penumpang2 lain dlm penerbangan MH370 dr KL ke Beijing yg telah hilang dari kawalan radar sejak awal pagi tadi".


Berikut laporan daripada laman Asro Awani.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info