Bayangkan seekor ular mampu menelan seekor buaya yang jauh lebih besar darinya dan memiliki kulit yang tebal. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari laman Astro Awani.
SYDNEY: Seekor ular dipercayai jenis ular sawa menelan seekor buaya selepas bergelut selama beberapa jam di hadapan orang ramai.
Travis Corlis yang menyaksikan pergelutan antara dua haiwan ganas itu di Lake Moondarra, Queensland berkata, ular sawa itu kelihatan sihat dan panjangnya kira-kira 10 kaki (tiga meter).
Ular sepanjang kira-kira tiga kaki itu dilihat membelit kuat buaya malang tersebut, katanya dalam satu laporan AFP.
“Pergelutan antara kedua-duan haiwan itu berlaku di dalam, kelihatan sangat hebat… Kami hanya berdiri dan melihat dengan penuh kagum,” ujar Corlis.
Corlis berkata selepas beberapa jam kedua-dua haiwan itu bergelut, ular sawa terbabit mengheret buaya itu ke tebing tasik dan melepaskannya, yang pada masa itu dilihat telah mati.
“Selepas kira-kira 10 minit lepas itu, buaya sudah ‘hilang’,” katanya.
Isteri Corlis, Tiffany, yang juga turut menyaksikan peristiwa itu berkata, ianya amat sukar dipercayai.
“Kami ingatkan ular tersebut mungkin telah makan melebihi kemampuannya,” terang Tiffany.
“Melihat kepada keadaan ular itu selepas selesai menelan buaya tersebut, anda boleh nampak bentuk sisik kasar, kaki dan segala-galanya di dalam perut ular,” tambahnya lagi.
Tiffany berkata, buaya malang tersebut berusaha untuk menaikkan kepalanya dari dalam air, dan kedua-dua haiwan terbabit memang kelihatan penat dalam pergelutan yang dikatakan memakan masa beberapa jam itu.
Buaya itu kemudiannya seakan-akan berputus asa dan menyerah, sekaligus membiarkan dirinya dibelit ular sawa terbabit.
Corlis juga mengaku dirinya sering melihat ular dan buaya ada di kawasan yang sama, namun jarang melihat haiwan reptilian ini saling bertarung dengan sengit.
Kewujudan buaya air tawar yang terdapat di tasik Moondarra itu lebih ketara setelah kemarau baru-baru ini menyebabkan pengurangan paras air.
Sumber
0 Komen untuk "Buaya Ditelan Ular Sawa Selepas Bergelut Beberapa Jam "