Bomoh wanita Indonesia Mendakwa MH370 Terhempas di lembah di Vietnam.


Kita baru sahaja dipersendakan dunia dengan kehadiran sekumpulan bomoh yang melakukan ritual di KLIA. Walaupun dengan bantuan teropong dan  tikar terbang, sehingga ke saat ini, tiada satupun perkhabaran pesawat MH370  yang ditemukan oleh kumpulan itu.

Namun belum reda cerita tentang Bomoh malaysia di perkatakan, timbul Satu lagi spekulasi baru juga datang dari kenyataan seorang bomoh wanita,  namun kini datangnya dari negara seberang negara jiran. Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak harus diterima  dan dijadikan petunjuk konkrit kerana ia datangnya dari seorang bomoh  Indonesia!


Bomoh wanita yang berasal dari Sumatera Utara, bernama Ani (48), kononnya  menjelajah secara ghaib mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terhempas di kawasan paya di sebuah lembah di Vietnam.

"Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam penerbangan itu sepertinya berada di satu lembah dengan hutan yang amat lebat ," Kata Ani yang ditemui di Medan oleh pemberita Portal Indonesia, pada  13/3/2014 (khamis).

Tambahnya lagi, kawasan itu kini "dikuasai" makhluk-makhluk ghaib.Namun, Ani turut mendakwa kedudukannya akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

Ani juga mengatakan orang biasa pasti sukar menerima perkara ghaib yang diceritakannya."Saya lihat lokasi pesawat MH370 bukan di Laut Cina Selatan mahupun diperairan Selat Melaka, tapi di suatu lembah paya".Ujar Ani bersama suaminya, Upit yang kini tinggal di Jalan Pancasila Tembung Permatang Kuching, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara.


Sekurang-kurangnya, bomoh Indonesia sudahpun mendakwa berjaya menemui lokasi pesawat tersebut!. walau apapun, tidak-kira lah bomoh dari negara mana sekalipun sebagai umat Islam, kita perlu  menolak perkara Khurafat danTahyul yang bertentangan dengan syarak.


0 Komen untuk "Bomoh wanita Indonesia Mendakwa MH370 Terhempas di lembah di Vietnam."

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info