Gambar Cun Atris Bertudung


Kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini pastinya memberi satu makna dan pengertian buat mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan dan melipatgandakan lagi amalan dan ibadah.

Ramai wanita yang memasang niat untuk berhijab mula mengambil langkah dengan menutup aurat sempena keberkatan bulan Ramadan ini termasuklah selebriti seperti Neelofa dan terbaru adalah Umie Aida.


Menurut laporan Berita Harian, pada mulanya Umie enggan menghebahkan soal penghijrahannya kerana menganggap ianya peribadi membabitkan dirinya dan Allah SWT.

Namun, pelakon ini terbuka untuk bercerita mengenai perubahannya sejak menyertai kelas agama bermula tahun lalu.

"Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.


"Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal," ujarnya seperti yang dipetik dari portal berkenaan.

Selain itu, Umie turut mengakui keberkatan Ramadan mendorong hatinya untuk terus berhijab sepenuhnya.

"Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus.

"Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya-Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya," katanya kepada Berita Harian. ~ Sumber








0 Komen untuk "Gambar Cun Atris Bertudung"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info