Sebab Kisah Silam Siti Saleha Tidak Didedahkan


Aktres jelita Siti Saleha mengambil pendekatan enggan mendedahkan kisah peribadi lebih-lebih lagi hal berkaitan teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbul sebarang kontroversi yang tidak diingin.

Mengakui sudah mempunyai kekasih yang berasal dari Portugal, Siti Saleha bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut sebaliknya mengakui jejaka berusia 27 tahun itu seorang lelaki budiman.

"Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang aka nada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.

"Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan, malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Aktres berusia 24 tahun ini mengakui sebagai seorang aktres, kehidupan peribadinya sentiasa menjadi perhatian ramai dan bersyukur kerana sehingga kini namanya jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) untuk kategori filem dan televisyen ini memberitahu, dia ingin tumpukan perhatian kepada karier seninya dan lebih gemar duduk di rumah jika tiada komitmen kerja.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri yang dibintanginya, "Ramadan Jangan Pergi" sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10 malam, serta bakal muncul dengan filem "Mamak Cupcake" bersama Shaheizy Sam dan Azad Jasmin yang bakal berada di pawagam pada 28 Ogos akan datang.  ~ Sumber
0 Komen untuk "Sebab Kisah Silam Siti Saleha Tidak Didedahkan"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info