CDM25 adalah no plat kereta Peugeot yang dinaiki oleh seorang wanita.Masalahnya bermula apabila kereta mahal ini telah dilanggar oleh seorang pak cik.Akibat pelanggaran tersebut pemandu CDM25 naik angin dan bertindak seperti samseng.Dengan bersenjata pengunci stereng dia menghentak-hentak kereta pak cik tersebut.
Berita terkini mengatakan pemandu CDM25 sudah meminta maaf.Bagi sesetengah orang kemaafan itu boleh diterima.Namun langkah terbaik bawa ke muka pengadilan supaya menjadi iktibar kepada orang lain bahawa tiada tempat untuk keganasan di Malaysia.
Sekurang-kurangnya kita sedar bahawa setiap kesalahan itu ada harga yang perlu dibayar dan bukan hanya meminta maaf.Biar undang-undang yang menentukan selepas ini. Sekian salam motivasi dan salam kemaafan untuk semua. [kredit buat Hero Broneo]
0 Komen untuk " Pembuli Akhirnya Meminta Maaf"