Sedangkan lidah lagi tergigit inikan lagi suami isteri. Ops. Ini bukan pertama kali rasanya hubungan Nelydia Senrose & Qi Razali dikatakan mempunyai masalah namun mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat.
[SEBUAH FILEM PENDEK RAYA YG PERLU DITONTON MASYARAKAT MALAYSIA]
Menerusi Rotikaya hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru-baru baru ini ada sedikit salah faham dengan Qi sehingga menyebabkan pergaduhan tercetus di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah punca sebenar pertengkaran mereka.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya.
Difahamkan pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik baik sahaja dan harap peminat yang terlihat insiden itu tidak salah faham. Kredit buat Raisyyahrania.blogspot.com
0 Komen untuk "Nelydia Senrose Menangis Ditempat Awam"