FUH, panas! Baru sebentar tadi kami menyiarkan mengenai pengesahan cerai talak satu pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, Muhammad Nor Farhan Che Bakar.
Tidak berapa lama selepas itu, tersebar pula gambar-gambar kecederaan Farhan yang mendakwa dirinya pernah dicederakan secara fizikal oleh pelakon itu menerusi laman-laman sosial.
Maklumat yang diperolehi menerusi portal Murai menyebut, dia telah dicakar di bahagian muka, tangan dan lengan.
“Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri,” katanya.
Justeru, Farhan telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu untuk dijadikan bukti di mahkamah jika diperlukan.
Menurutnya lagi, Abby juga kerap meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya gagal memenuhi tuntutan pelakon itu.
Pada masa yang sama, Farhan juga menafikan yang dia kerap keluar malam dan berkaraoke seperti yang pernah dikatakan oleh anak Abby menerusi video yang dimuatnaik ke akaun Instagram sebelum ini.
Jejaka itu memberitahu, dia sudah nekad untuk tidak lagi kembali kepada Abby.
Jika benar apa yang didakwa oleh Farhan itu, nampaknya mungkin persoalan peminat mengenai punca perceraian mereka sudah terjawab.
Apapun, kita nantikan pula jawapan balas daripada pihak Abby nanti…
0 Komen untuk "PANAS!!..Farhan Dakwa Pernah Dicakar Oleh Abby Abadi…Biar Betul? "