Pereka rambut kantoi rakam video seluar dalam wanita


Seorang pereka rambut warga Malaysia didapati bersalah setelah dibicarakan atas dakwaan merakam video seluar dalam wanita di stesen MRT. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 9 minggu atas kesalahan mencabul kehormatan.

Yap Wen Kack, 20, didakwa menggunakan kamera telefon bimbitnya sebanyak 39 kali untuk merakamkan video-video wanita yang memakai skirt pendek, blouse dan seluar pendek sekitar bulan September dan Oktober tahun ini. Yap mengaku bersalah atas 9 pertuduhan dan selebihnya masih dalam pertimbangan mahkamah.

Timbalan pendakwa raya, Eunice Lau berkata, seorang guru berusia 34 tahun bersama ibunya yang sedang menaiki eskalator di stesen MRT Station pada 29 September telah melihat Yap mengekorinya dan secara tiba-tiba beliau berdiri di antara mereka berdua.

Mangsa kemudian dilihat berada diposisi yang mencurigakan dengan meletakkan telefon bimbit secara terbalik di atas pehanya. Ketika sampai di stesen seterusnya, Yap kelihatan tergesa-gesa meninggalkan tempat tersebut sambil membelek telefon bimbitnya.


0 Komen untuk "Pereka rambut kantoi rakam video seluar dalam wanita"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info