Video Pertandingan Ratu Cantik Unta Di Abu Dhabi

Pertandingan kecantikan ternyata tidak hanya dimilik kaum wanita saja. Salah satu negara di Timur Tengah yakni Emiriah Arab membuat pertandingan kecantikan untuk unta. Unta memang selama ini dikenali sebagai haiwan khas padang pasir yang amat dicintai oleh warga sana.

Acara ini diadakan dalam sebuah festival Al Dhafra yang diadakan tiap-tiap tahun di Abu Dhabi. Sekiranya akan ada 30 ribu unta yang mengambil bahagian dari seluruh penjuru Emiriah Arab. Yang unik, unta – unta ini juga dihias dengan pelbagai perhiasan seperti kalung emas dan anting yang berwarna – warni.


Pertandingan ini akan dilakukan dalam dua tahap yakni Asayel untuk unta berwarna terang. Kedua adalah Majahim untuk unta berkulit gelap. Juri akan memutuskan 10 unta yang berhak jadi pemenangnya.

Lalu bagaimana cara untuk menentukan pemenangnya? "Para Juri akan memilih unta dengan kepala besar, leher lebar, telinga kuat, pipi luas dan misai besar,” ujar Ali Al Mansouri, salah satu panel juri Al Dhafra.” Selain itu tubuh unta harus panjang, bonggol yang besar, warna dan postur juga menjadi salah satu penilaian yang penting."

Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang juga bukan calang-calang. Mereka akan mendapat kereta mewah dan wang tunai sebanyak 18,000 hingga 30,000 dirham. Selain itu bagi pemilik unta akan mendapat kebanggaan tersendiri jika berjaya memenangi pertandingan ini. Tonton Video Dibawah:


Festival Al Dhafra merupakan sebuah perayaan dalam rangka untuk mempromosikan budaya Bedouin. Acara ini sudah masuk tahun ke – 7 dan dilaksanakan tiap-tiap tahun pada tarikh 22 Disember selama 2 minggu. Selain pertandingan kecantikan unta, ada pelbagai acara lain yang menarik seperti pertandingan memburu burung helang dan tarian tradisional khas Emiriah Arab.



 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info