Noraniza Idris Dijatuhkan Hukuman Penjara Selama 80 Hari


Siapa tak kenal Noraniza Idris ratu lagu-lagu berirama etnik itu. Saya juga meminati lagu-lagunya kerana bukan senang nak cari seorang penyanyi yang berani mengetengahkan irama tradisional-pop yang masih digemari hingga kini. Penyanyi ini boleh dianggap penyanyi evergreen sebaris dengan Jamal Abdillah, M.Nasir dan lain-lain kerana walau dah berpuluh tahun berkecimpung di bidang seni masih popular hingga sekarang..

Oleh itu terkejut beruk juga saya membaca tajuk berita di UtusanOnline hari ni. Mana tak terkejut, Noraniza Idris mengikut berita itu menangis terisak-isak selepas dihukum penjara selama 80 hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. Apa salahnya hingga dipenjara??

SHAH ALAM 4 Okt. - Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu. 
Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang. 
Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.
Hahahaha...tersilap orang rupanya!! Noraniza Idris penyanyi lagu berirama etnik tu dah berusia 44 tahun, tapi yang dihukum penjara 80 bulan ni baru saja berusia 25 tahun.

Nama sama tapi jasad lain-lain..

Siapa pun yang bernama Noraniza Idris itu diharap dia dapat menjalani ujian hidup ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran...
 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info