Pada kebiasaannya sebuah taman berada di kawasan luas, berbeza dengan taman yang ini. Tak banyak yang berbeza dari penampilan taman ini, kerana masih mempunyai unsur penghijauan seperti rumput yang dihiasi oleh bunga-bunga, serta kerusi kayu sebagai pelengkapnya. Namun yang menjadikan taman ini berbeza adalah berada di bekas laluan kereta api.
Pada awalnya bangunan tersebut merupakan bekas laluan kereta api barang di Manhattan pada awal 1900-an. Namun, pada tahun 1980-an, kerana pembangunan jalan dan pengangkutan jalan raya, dan perjalanan kereta api tak lagi diperlukankan, lalu dibinalah High Line ini.
Taman ini dibina untuk memberikan warna hijau di tengah hiruk pikuk bandar. Selain itu memanfaatkan bangunan yang tak terpakai menjadi ruang santai yang berguna bagi orang ramai. Keluas taman ini ialah 1.6 kilometer panjang dan terletak di NewYork, Amerika Syarikat. Jambatan yang telah berubah menjadi taman ini merupakan ikonik penghijauan baru yang membentang dari Gansevoort Street, melintasi penempatan Chelsea menuju West Side Yard berdekatan dengan Javits Convention Centre.
Ketika kini taman ini cukup menjadi tarikan pelancongan popular bagi masyarakat tempatan mahupun pelancong asing yang kebetulan berkunjung ke Amerika Syarikat. Kerana menurut mereka, kehadiran taman gantung ini cukup unik memandangkan keadaan bandar Amerika Syarikat yang padat dengan kesibukan masyarakatnya.