Kesian, Lengan Bayi Di Patahkan


Seorang bayi yang sangat besar sehingga membuatkan dia terperangkap ketika proses kelahiran telah diselamatkan oleh doktor yang telah mematahkan lengannya.

Bayi seberat 4.5kg itu, Poppy Screen telah tersangkut ketika proses bersalin, menyebabkan dia tidak dapat bernafas – dan doktor bimbang dia akan mati dalam proses tersebut. Tetapi nyawanya dapat diselamatkan setelah salah seorang doktor yang dapat berfikir pantas bertindak mematahkan lengannya bagi melepaskan bayi itu dan kemudiannya berjuang selama 12 minit untuk membantunya bernafas.

Ibu kepada Poppy, Lucy Screen, 26, dari South Wales berkata: ‘Kami tahu Poppy adalah bayi yang agak besar, tapi kami tak pasti seberapa besar atau saya tak akan mengambil risiko melahirkannya secara biasa. Dia hampir mati dan kami telah diberi amaran tentangnya kerana dia kehausan oksigen dengan begitu lama dan mungkin mengalami kerosakan otak. Syukur dia sempurna. Kami tahu kami sangat-sangat bertuah.’


‘Saya rasa mereka agak resah bila memberitahu saya yang mereka terpaksa mematahkan lengan Poppy, tapi saya tak dapat berterima kasih kepada mereka dengan secukupnya.. Poppy tak akan berada di sini harini jika mereka tak mematahkan lengannya.’

Pada peringkat 37 minggu kehamilan, doktor menyarankan supaya Lucy bersalin awal oleh kerana komplikasi mengenai jenis darahnya. Tetapi, kerana telah pernah melahirkan anak pertama, Rosalie 2 tahun dahulu, dia dan suami, Jonathon mengharapkan kelahiran secara biasa. Lucy berkata: ‘Saya telah diberitahu bahawa kelahiran yang kedua selalunya lebih mudah memandangkan badan kita telah tahu apa yang perlu dibuat.’

Proses kelahiran berjalan pantas dan semuanya berjalan mengikut perancangan sehinggalah setelah kepala bayi kelihatan. ‘Saya boleh nampak wajah mereka berubah apabila mereka cuba mengeluarkan seluruh badan bayi tetapi mereka tidak dapat melakukannya’, kata Lucy. ‘Mereka terus menggerakkan saya dan saya meneran dengan sekuat hati tapi ia tetap tak berubah’. ‘Saya tahu kami kehilangannya sebab saya boleh nampak airmata pada salah seorang bidan. Saya merayu mereka untuk lakukan apa saja demi menyelamatkan bayi saya’.

Beberapa orang bidan dipanggil kerana kecemasan setelah mereka mengesyaki ia adalah kes shoulder dystocia, yang bermaksud satu atau kedua belah bahu bayi telah tersangkut pada belakang pelvik si ibu. Keadaan tersebut yang lazimnya terjadi kepada bayi yang besar boleh membawa maut. Kedua belah bahu Poppy telah terperangkap dan dia semakin lemas.

Lucy percaya bahawa bayinya itu telah meninggal. Tetapi di satu sudut bilik, para perubatan terus memberikan CPR kepada bayi itu sehinggalah selepas 12 minit, bayi itu menghela nafasnya yang pertama. Poppy dikejarkan ke unit rawatan bayi sementara doktor menerangkam kepada ibubapa bahawa lengannya telah dipatahkan. Setelah 5 hari dilahirkan, ibubapanya dibenarkan memegang Poppy buat kali pertama. Poppy dibenarkan pulang 5 minggu kemudian dan kini dia telah menjadi seorang bayi yang berumur 8 bulan yang sihat sempurna.


 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info