Memang mustahil jika hendak kurus sekelip mata. Ini kerana lemak yang terkumpul pada bahagian-bahagian tubuh sudah wujud sejak bertahun tetapi apabila hendak kurus dan langsing, mahukan sekelip mata. Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi masalah kegemukan atau perut buncit inginkan semula tubuh yang langsing demi keyakinan diri dan kesihatan.
Kisah Benar
Bagi Intan Sulyana Mohd Yusof, 34, dirinya bukanlah terlalu gemuk. Namun, kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya sama seperti wanita lain. Walaupun berat badannya hanya 53 kilogram, dia tetap berhasrat untuk kelihatan langsing. "Bukan apa, untuk suami juga," katanya tersipu-sipu.
ia menyedari lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Intan tahu kalau dibiarkan, lemak yang tebal itu tidak mustahil akan bertambah dan sukar hilang.
Pelbagai cara yang Intan gunakan untuk langsing termasuk senaman tetapi bentuk badannya tidak berubah. Pun begitu, Intan takut untuk mengambil pil-pil pelangsing yang begitu banyak diiklankan. Dia sangat berhati-hati dalam hal ini. Walaupun dia mahu kelihatan cantik, dia tidak mahu mengambil risiko kerana harga kesihatan bukannya murah.
Maksud saya, makan atau minum ubat-ubat yang kononnya boleh menguruskan badan, seperti banyak diiklankan. Maaf, saya takkan lakukan," ujarnya. Melalui pembacaannya, kebanyakan doktor, pakar kecantikan dan mereka yang pakar dalam bidang pemakanan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pil pelangsing.
Intan cukup takut dengan kesan sampingan pil pelangsing. Setelah sekian lama mencari produk yang sesuai, akhirnya dia diperkenalkan dengan LAROME Apple Stem Cell Slimming Serum, keluaran Bob2e.com yang berasaskan stem sel epal. Menariknya, produk ini berbeza dengan produk sedia ada kerana LAROME bukan untuk diminum tetapi untuk kegunaan luar. Itu yang membuatkan tertarik Intan untuk menggunakannya.
Saya ikut aturan menggunakan produk ini. Ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan, sapu pada bahagian perut beberapa minit. Lakukan dua kali sehari selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Produk ini boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Intan lagi. Menurutnya, dia terkejut apabila berat badannya menurun lima kilogram kepada 48 kilogram.
Intan terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu. Kemudian, dia memberitahu rakan-rakannya. Rakan-rakannya turut menggunakan produk LAROME dan mendapat reaksi positif.
Kebanyakan pengguna mendapati berat badan mereka menurun akibat lemak yang hilang. Selain itu, lengan pula bertambah cekang kerana lemak di bawah lapisan kulit bertukar menjadi peluh. Jika dahulu Intan hanya sebagai pengguna tetapi dia kini merupakan pengedar.
Semua wanita yang menggunakan produk ini tidak berasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar dan tidak ada sebarang kesan sampingan," kata Intan yang gembira kerana dapat menambah pendapat keluarganya.
Intan juga sibuk mempromosikan LAROME Apple Stem Cell ke mana saja dia pergi dan dia tidak takut atau berasa bersalah kerana produk ini seratus peratus halal kerana berasaskan stem sel epal yang digabungkan dengan tumbuhan lain.
Stem sel epal
Dalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukan diperolehi daripada epal biasa yang banyak dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.
Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana walaupun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh, selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak. Buah ini masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walau lama terbiar.
Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk LAROME. Kerana itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan boleh menggunakannya tanpa was-was," tambahnya.