Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.
Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya.
"Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.
'Langkah Kajang' itu merujuk kepada strategi PKR untuk membolehkan pilihan raya tersebut diadakan dan seterusnya bagi menawan Putrajaya.
Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan PKR di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini dikuasai merupakan kubu kuat Umno, katanya.
Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Sri Anwar pula berkata kemenangan itu menyaksikan golongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu telah kembali kepada Pakatan Rakyat.
"Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini.
"Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat," kata Anwar yang pada asalnya dinamakan PKR untuk bertanding di Kajang.
Calon BN Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada lawannya Datuk Seri Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini.
Beliau juga berharap presiden PKR itu dapat melaksanakan tugas sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan.
Ia terutamanya, tambah Chew, dalam menyelesaikan masalah tempatan yang telah “ditangguhkan buat bertahun-tahun”.
Chew bagaimanapun berkata, walaupun kalah, BN berjaya menurunkan majoriti dan dalam masa yang sama menambahkan sokongan pengundi Cina daripada 18 kepada 25 peratus berbanding sebelum ini.
Naib presiden MCA itu dalam kenyataannya sebentar tadi juga berkata beliau selepas ini akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti.
Wan Azizah memperoleh menang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi.
Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini, menurun berbanding pilihan raya umum lalu.

0 Komen untuk "Ucapan Tahniah BN Kepada PKR"