Fenomena inilah yang dinamakan ‘Catatumbo Lightning’. Kejadian misteri ini berlaku setiap hari sejak ribuan tahun dahulu tanpa pernah berhenti sehingga sekarang.
INILAH satu fenomena keajaiban alam yang berlaku di bumi, yang masih menjadi misteri sejak ribuan tahun sehinggalah sekarang. Terletak di muara sungai Catatumbo berhampiran Tasik Maracaibo (Venezuela).
Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.Kawasan fenomena misteri itu akan diletakkan di bawah perlindungan UNESCO, kerana ia adalah satu fenomena yang luar biasa yang pernah berlaku di planet bumi.
KEJADIAN PETIR DAN GURUH ADA DI SEBUTKAN DIDALAM AL-QURAN:
Surah An Nur, Ayat 43:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya;
lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Surah Ar Ra’d:
Adalah surah ke-13 dalam Al Qur’an dan terdiri atas 43 ayat. Surah ini dinamakan Ar Ra’d yang bererti guruh (petir) kerana dalam ayat 13 ini Allah berfirman yang ertinya
“Dan guruh itu bertasbih sambil memuji-Nya”, menunjukkan sifat kesucian dan kesempurnaan Allah SWT.
Sejak ribuan tahun para pelaut telah menggunakan ‘Catatumbo Lightning’ sebagai arah panduan agar mereka tidak tersesat di lautan. Kerana ‘Catatumbo Lightning’ boleh dilihat dari jarak sehingga 400km atau 250 batu jauhnya.
Walaupun saintis telah membuat banyak kajian dan teori mengenai fenomena misteri ini, tetapi apa yang menyebabkannya terjadi begitu masih tidak dapat di rungkai sehingga kini.Wallahualam
sumber
0 Komen untuk "SubhanaAllah!! Petir Dahsyat Yang Tak Berhenti Sejak Ribuan Tahun Mesti Baca "