Pusat Pemulihan Penagih Internet Di China


Internet merupakan medium yang sangat terkenal untuk manusia mencari informasi, berhubung antara satu sama lain, medium hiburan dan banyak lagi. Namun, ketagihan melampau terhadap internet boleh merosakkan seseorang. Di China, bagi membendung gejala ketagihan internet, terdapat satu pusat pemulihan bagi penagih Internet.

Di Kebanyakan negara ketagihan dadah memaksa kerajaan membuka pusat pemulihan bagi memastikan penagih boleh menjadi manusia yang boleh pakai. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari internet. Kebanyakkan “penagih” mempunyai masalah ketagihan permainan online sehingga kehabisan wang.




Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal. Asyik sangat bermain permainan online.

Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China. Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi memulihkan ketagihan.

Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah yang besar bagi sebuah keluarga di China. 


Adakah anda boleh dikategorikan sebagai penagih internet? Errr...


0 Komen untuk "Pusat Pemulihan Penagih Internet Di China"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info