Pengkaji Dari AS Temui Teknologi untuk menghilangkan manusia



Para pengkaji  dalam pertemuan komuniti American Chemical Society telah menemui dan ingin mengembangkan teknologi barunya untuk melindungi manusia dari gigitan nyamuk. Iaitu dengan menghilangkan manusia dari dikesan nyamuk. Teknologi tersebut dibangunkan agar nyamuk tersebut tidak mampu mengesan  kehadiran  manusia yang ada di sekitarnya.

Salah satu penyelidikan American Chemical Society, Ulrich Bernier mengatakan bahwa mereka ingin mengembangkan pendekatan yang berbeza dengan menggunakan bahan yang dapat menghilangkan kemampuan deria nyamuk untuk mengesan manusia.

Para pengkaji juga  mengatakan bahawa untuk menghalang kemampuan deria pengesan nyamuk tidak terlalu sukar.  Kerana beberapa bahan kimia yang secara semulajadi terdapat pada kulit manusia yang mana ianya ternyata sangat efektif mengusir nyamuk tanpa memunculkan bau. Bahan itu dalam nama saintifiknya disebut sebagai  inhibitor.

Meskipun begitu, para pengkaji tetap menghadapai beberapa  permasalahan  dalam memanfaatkan inhibitor tersebut. Hal ini kerana kedudukan bahan tersebut dikelilingi oleh  zat lain, yang mana zat tersebut, boleh menarik perhatian nyamuk. Dan untuk melakukan hal tersebut, kini mereka sedang  berusaha untuk memisahkan zat inhibitor dan zat yang menarik nyamuk tersebut. Ini bermakna, seandainya zat yang terdapat disekeliling inhibitor tubuh badan manusia dapat dipisahkan, maka penyelidikan ini akan berjaya.

Sama-samalah kita mengharapkan agar penyelidikan ini berjaya. kerana dengan keberhasilan penyelidikan tersebut, ia akan memberikan manfaat kepada semua manusia dan seterusnya penyakit denggi yang dibawa oleh nyamuk dapat dihapuskan.

Persoalannya sekarang, mampukah para pengkaji tersebut mengasingkan zat yang terdapat disekeliling inhibitor itu?

Apa komen anda dengan penyelidikan ini?

0 Komen untuk "Pengkaji Dari AS Temui Teknologi untuk menghilangkan manusia "

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info