MH370: Seseorang Telah Memesongkan Pesawat di kepulauan Andaman??


KUALA LUMPUR: Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan  Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian  kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.   

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang  merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman ber-dasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada  Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya  sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan  dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat 
Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh  seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa  pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman  yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut  Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan dengan longitude dan latitude yang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada  waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai  mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat  tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi  ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk  bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan  tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal di-hubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa ter-dapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing  777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai  berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan  terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi  penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga  kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari  dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah  Laut Andaman dan Lautan Hindi.

0 Komen untuk "MH370: Seseorang Telah Memesongkan Pesawat di kepulauan Andaman??"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info