Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Handphone Anda


Seperti yang semua orang tahu, sekarang ni terkenal dengan powerbank yang beribu ribu powernya tetapi kalau battery sudah rosak tak boleh buat apa juga, jom baca tips dan Cara-cara Memanjangkan Jangka Hayat Battery Handphone tanpa menggunakan powerbank.

1. Off handphone ketika mengecas

Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone anda dalam keadaan OFF. Ini kerana ketika handphone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

2. Jangan cas handphone di dalam kereta
Ketika mengecas handphone di dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri (empty) sebelum dicas
Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghidarkan dari terjadi memory effect.

4. Pastikan bateri full sewaktu pertama kali di cas
Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerluka masa selama 8jam.

5. Sentiasa kawal
Mengecas bateri terlalu lama juga tidak baik kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam bateri itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.

6. Elakkan Haba
Jauhkan bateri dari sumber haba yang boleh menyebabkan bateri handphone tersebut meletup.
Walaupun harga bateri tidaklah semahal mana pun, tapi kenapa kita perlu membazir menukar bateri sedangkan kita boleh memanjangkan hayatnya?


0 Komen untuk "Cara Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Handphone Anda"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info