Letupan Gunung Berapi Ditulis Di Dalam Al-Quraan

Seperti mana yang umat islam tahu, tiada satu perkara yang berlaku tanpa izin Allah, dan ianya mesti bersebab. Macam Letupan Gunung Berapi Ditulis Di Dalam AlQuraan, maksudnya apa jua yang berlaku telah dicatatkan di dalam AlQuraan, sama ada kita mengkaji ataupun tidak.


Sebahagian rakyat Indonesia semalam menerima mesej pesanan ringkas yang menghubungkan letusan Gunung Kelud dengan beberapa ayat dalam al-Quran.Pesanan berantai itu tersebar dengan cepat, berisi maklumat mengenai kronologi letupan itu, yang menurutnya sudah digambarkan di dalam kitab suci itu.

Kejadian mengenai tarikh, bulan dan tahun serta waktu letusan dikatakan bertepatan dengan ayat dalam al-Quran. 

Seperti tarikh 13 bulan 2 yang dikaitkan dengan surah Ar-Ra’d (13) dengan ayat 2. 
Waktu letusannya, jam 22:49 dan 22:50 dihubungkan dengan surah Al-Hajj ayat 49-50.
Sementara tahunnya dikaitkan menggunakan surah Thaahaa, surah ke-20 dalam al-Quran dengan ayat ke 14.

Tarikh 13 bulan 2, (Surah 13 ayat 2) yang terjemahannya bermaksud : “Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.

Allah mengatur urusan (MakhlukNya), menjelaskan tanda (KebesaranNya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.” Jam Gunung Kelud meletus, 22:49, 22:50 dihubungkan dengan Surah 22:49-50): “Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata kepadamu. Maka orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia,”

Tahun 2014 pula dikaitkan dengan Surah 20 ayat 14: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, Maka Sembahlah aku dan dirikan solat untuk mengingat aku.”

Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal :D

0 Komen untuk "Letupan Gunung Berapi Ditulis Di Dalam Al-Quraan"

 
Copyright © 2014 ISU SEMASA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info